Sunday, October 19, 2014

Special Promosi Bermula 20-31 Oct 2014

~~Special Promotion~~
~~Bermula 20 hingga 31 Oct 2014~~
Pakej 2 hari 1 mlm = RM200 (Normal 250)
Pakej 4 hari 3 mlm = RM500 (Normal 750)










Saturday, October 18, 2014

Pengalaman Sulung Homestay Safiyya


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji milik-Nya...Masih lagi diberi keizinan oleh Allah SWT untuk berceloteh di serambi maya ini. Hampir 3 minggu kami sekeluarga tidak mengunjungi serambi Homestay Safiyya kerna komitmen di Shah Alam. Kali terakhir ialah ketika pembukaan rasmi oleh Usrah Al Izzah sempena Muktamar Tahunan PAS di Parit Raja.
Syukur, keluargaku di Kg Parit Tengah terutama mak abah yg sentiasa setia memberi sokongan dan bantuan.

Minggu Konvokesyen Tahunan UTHM benar2 menjadi pengalaman sulung kami dalam mengurus dan menyelia Homestay Safiyya. Semoga Allah SWT redha dengan rezeki ini. Sekalung penghargaan buat keluarga En Amirul dan En Zawawi yg telah mengunjungi Homestay Safiyya pada 10 dan 11 Oktober sempena Konvokesyen Tahunan UTHM 2014.

Menyemai Uhuwah di
Homestay Safiyya - The Riverview

Tuesday, September 23, 2014

Majlis Doa Selamat & Solat Hajat di Homestay Safiyya



Assalamualaikum

Tanggal 17 hingga 21 September 2014, teratak ukhuwah kami, Homestay Safiyya telah dirasmikan oleh Usrah Al-Izzah. 
Semoga ukhuwah yang disemai antara family Johor & family Terengganu terus subur dipayungi rahmat-Nya.
Bacaan tahlil & doa selamat serta solat hajat menjadi pengisian.
Hidangan nasi ambeng Jawa menjadi sajian.
Semoga teratak ukhuwah kami ini sentiasa dirahmati Allah SWT.

Wednesday, September 17, 2014

Perasmian Homestay Safiyya oleh Usrah Al-Izzah

Assalamualaikum...

Bermula awal Oktober 2014, Homestay Safiyya akan dibuka secara rasmi...
Alhamdulillah, Homestay Safiyya telah dirasmikan lebih awal oleh Usrah Al-Izzah pada 17 September 2014 sempena menghadiri Muktamar yang julung kali diadakan di bumi Johor Darul Takzim...Semoga Allah SWT berkati...Ameen...