Tuesday, September 23, 2014

Majlis Doa Selamat & Solat Hajat di Homestay Safiyya



Assalamualaikum

Tanggal 17 hingga 21 September 2014, teratak ukhuwah kami, Homestay Safiyya telah dirasmikan oleh Usrah Al-Izzah. 
Semoga ukhuwah yang disemai antara family Johor & family Terengganu terus subur dipayungi rahmat-Nya.
Bacaan tahlil & doa selamat serta solat hajat menjadi pengisian.
Hidangan nasi ambeng Jawa menjadi sajian.
Semoga teratak ukhuwah kami ini sentiasa dirahmati Allah SWT.

Wednesday, September 17, 2014

Perasmian Homestay Safiyya oleh Usrah Al-Izzah

Assalamualaikum...

Bermula awal Oktober 2014, Homestay Safiyya akan dibuka secara rasmi...
Alhamdulillah, Homestay Safiyya telah dirasmikan lebih awal oleh Usrah Al-Izzah pada 17 September 2014 sempena menghadiri Muktamar yang julung kali diadakan di bumi Johor Darul Takzim...Semoga Allah SWT berkati...Ameen...